Pengarah bahagian pengurusan fasiliti di sebuah universiti awam direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan sebuah kereta bernilai lebih RM170,000.<br /><br />Perintah terhadap suspek yang berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.